Tuesday 4 October 2016

Annuar Musa Boleh Sertai PPBM Jika Mahu Jadi Perdana Menteri



Annuar Musa, Ketua penerangan Umno,Tan Sri Annuar Musa berkata Umno mengalu-alukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai parti itu semula jika jika bekas menteri besar Kedah itu benar-benar bercita-cita menjadi perdana menteri.

Bercakap di sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur Annuar berkata tindakan sesetengah pemimpin meninggalkan Umno bukan sesuatu yang baru.


Sebelum ini pun kata Annuar ada pemimpin yang meninggalkan Umno itu kembali kepada parti berkenaan, seperti dilakukan Tengku Razaleigh Hamzah.


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31888


Mengulas kepada kenyataan yang dibuat oleh Annuar Musa itu, penulis menyifatkannya seperti sindiran tajam , peristiwa Tengku Razaleigh Hamzah meninggalkan UMNO itu adalah atas keputusannya untuk keluar dari Umno manakala Mukhriz Mahathir pula dipecat dari Umno.


Mukhriz 51 dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO ( MT ) pada 24 Jun 2016 yang lepas atas sebab pelanggaran disiplin manakala Tengku Razaleigh Hazmah meninggalkan UMNO membentuk Semangat 46 setelah tidak berpuas hati dengan Kem Tun  Mahathir pada 1987.


Mempelawa Mukhriz setelah memecat beliau  seperti sindiran tajam yang kononnya Mukhriz bercita-cita mahu menjadi perdana menteri sedangkan tujuan sebenar Mukhriz mengkritik kepimpinan tertinggi Umno kerana gagal dalam menangani isu semasa terutama isu 1mdb.


Mukhriz yang kini  naib presiden  PPBM sedang giat mencari keahlian baru semakin mendapat tempat dihati rakyat kerana prinsip perjuangannya sealiran dengan kehendak semasa rakyat. 


PPBM mengalu alukan kemasukan ahli terbuka kepada sesiapa sahaja. Sebagai parti baru PPBM membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang dilihat berkaliber untuk dijadikan pemimpin. Untuk karier politik yang lebih stabil ada baiknya Annuar Musa memikirkan untuk menyertai parti ini tanpa was-was , mungkin pihak PPBM akan melantik beliau sebagai wakil pendaftar PPBM di Ketereh jika beliau mahu berjuang bersama PPBM. 


Mungkin juga Annuar Musa boleh memikirkan karier sebagai perdana menteri kelak sekiranya beliau boleh menyumbang kepada kemenangan parti pada PRU 14 nanti.

   












No comments:

Post a Comment