Monday 27 March 2017

Najib 'Juara' Belanja Wang Minyak Negara, kata Rafizi


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membelanjakan lebih banyak pendapatan petroleum di negara ini berbanding pendahulunya sejak memegang jawatan itu pada tahun 2009, dakwa anggota parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Rafizi berkata Najib adalah 'jaguh antara jaguh' dan telah membelanjakan RM376 bilion pendapatan petroleum di antara 2009 dan 2016, atau purata sebanyak RM54 bilion setahun.

"(Tun) Mahathir (Mohamad), sepanjang 22 tahun jadi PM belanjakan RM163 bilion, RM8 bilion setahun," kata Rafizi kepada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di parlimen hari ini.

Rafizi berkata, angka itu berdasarkan data disediakan Jabatan Perbendaharaan atas dividen petroleum, royalti minyak dan hasil petroleum dari tahun 1970 sehingga 2016.

Rafizi berkata, pendahulu Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi membelanjakan RM204 bilion pendapatan petroleum, atau RM41 bilion setiap tahun dari 2003 hingga 2009; Tun Hussein Onn membelanjakan RM8 bilion, atau RM1.6 bilion setahun (1976-1981); dan Tun Razak Hussein membelanjakan RM1 bilion atau RM175 Juta setahun (1970-1976).

No comments:

Post a Comment