Saturday 14 July 2018

Peranan parti pembangkang dalam sistem demokrasi sangat penting


Penulis ingin mengimbas kembali apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir pada 2006 bahawa kewujudan pembangkang itu sangat penting dalam sistem demokrasi adalah amat tetap sekali

Baru - baru ini Tun Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memberi peruntukan kepada anggota Parlimen pembangkang dalam memastikan rakyat di kawasan tersebut tidak dipinggirkan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet buat kali ketiga hari ini.

Bagaimanapun, Mahathir berkata jumlah peruntukan itu sedikit berbeza daripada pusat.

"Kita akan tetap bagi peruntukan kepada mereka tapi kurang sikitlah. RM500,000 untuk kita dan RM100,000 kepada mereka,” katanya.


Ini kali pertama anggota Parlimen pembangkang diberi peruntukan. Sebelum ini, kerajaan BN hanya memperuntukkan dana untuk wakil rakyatnya sedangkan pembangkang tidak menerima sebarang bayaran.

Persolannya adakah parti-parti pembangkang di Malaysia ini sudah bersedia untuk mengalas tugas penting ini? 

Sila bacakan kenyataan Tun Mahathir pada 2006

Peranan parti pembangkang dalam sistem demokrasi sangat penting kerana mereka dapat bertindak bagi `memeriksa' kerajaan dalam tindakan-tindakannya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembangkang boleh menjadi `cermin' kepada kerajaan bagi menilai sama ada tindakan kerajaan itu memberi manfaat atau keburukan kepada rakyat dan negara.

``Kalau parti pembangkang itu banyak, lagi bagus kerana ia dapat memberi kesan yang lebih baik kepada kerajaan bagi menilai keputusan dan tindakan yang dibuatnya,'' katanya.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan bertajuk Krisis Kepimpinan dan Teknik-Teknik Komunikasi Strategik pada Forum Krisis dan Risiko: Pendekatan Hadhari, Penjelasan dan Relevannya kepada Cabaran-Cabaran Global Kontemporari, di sini hari ini.

Forum sehari itu dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Dr. Mahathir berkata, pembangkang juga akan memastikan kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa, memperalatkan penyokongnya serta memastikan kerajaan tidak `menjual' negara ini kepada pihak luar.

Beliau turut menggariskan ciri-ciri tertentu bagi membentuk kepimpinan yang berkesan iaitu pemimpin mesti berani membuat keputusan dengan mengambil kira kepentingan penyokong dan penentang.

Katanya, apabila berlaku sesuatu masalah, keputusan harus dibuat dengan cepat.

``Pemimpin harus mampu mengawal penyokong-penyokongnya dan berdoa supaya keputusan itu diberkati Allah,'' ujarnya .

Menurutnya, apabila seseorang pemimpin itu gagal menerapkan ciri-ciri tersebut, maka akan berlaku krisis kepimpinan.

Dr. Mahathir berkata, apabila berlaku krisis kepimpinan, seseorang pemimpin boleh kehilangan kuasanya jika mereka tidak mampu menanganinya dengan betul.

Beliau juga menekankan pentingnya kepimpinan mengamalkan pendekatan komunikasi strategik bagi memastikan semua keputusan kerajaan dilaksanakan dengan berkesan.

``Saya telah memperkenalkan sistem itu bagi memastikan keputusan Kabinet dapat sampai kepada kakitangan awam dengan jelas bagi memudahkan mereka melaksanakannya,'' kata beliau.




1 comment:

  1. BERITA BAIK SEMUA ORANG
    Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, anda serius memerlukan pinjaman segera, anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan segala macam pinjaman pada kadar faedah 2%. kami adalah 100% syarikat pinjaman legit, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di wajah mereka.
    Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
    Susanbowmanloancompany@gmail.com

    dan anda juga boleh menghubungi kami di Whatsapp dengan Nombor ini
    +12027538718

    ReplyDelete