Tuesday 10 July 2018

Tuntut RM59.8 juta : Tukang emas ke tukang karut?


Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Beirut, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay, berkata, Rosmah merupakan pelanggan lama dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia termasuk kepada keluarga diraja.

Dakwa syarikat itu, seperti tahun-tahun sebelum ini, firmanya akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar oleh Rosmah sendiri ataupun oleh pihak ketiga. Barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.

Menurut syarikat itu lagi, Rosmah adakalanya akan meminjam barang kemas itu dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai yang turut disertakan dengan memorandum penyerahan yang menerangkan terma dan syarat bahawa hak milik barangan berkenaan tetap dengan firma tersebut.

Menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10 Februari 2018, Global Royalty telah menghantar 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang setiap satunya bernilai antara RM498,852 ke RM3,721,737.50. Malah dalam surat bertulis yang bertarikh 22 Mei, Rosmah mengakui menerima barangan berkenaan.





"Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia," kata kenyataan tuntutan tersebut.


Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah kepada 44 unit barangan kemas yang dirampas polis dan memohon perintah mandatori agar barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif. Sekiranya tidak dapat dipulangkan, Rosmah perlu membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.


Difahamkan, kes tuntutan itu akan diadakan hari ini. 


Penulis masih merasakan tuntutan ini agak karut kerana ianya dilakukan dalam jumlah yang besar dan tidak masuk akal jika dibeli dalam satu masa yang singkat.

Agak-agak siapa dalang tuntutan ini? cuba fikirkan

5 comments:

  1. Memang tukang karut..................HEHEHE
    Google pun tak jumpa syarikat Lubnan pemborong emas GLOBAL ROYALTY SR ni. Kononnya syarikat besar pembekal barang kemas kepada orang-orang ternama dunia, tapi cari di c arian GOOGLE pun tak keluar!!!!

    ReplyDelete
  2. Apa nak heran, duit rm114 juta dalam 32 buah bag yang dirampas, dikatakan DUIT UMNO. Jadi sekarang, barang kemas 44 jenis bernilai usd64 juta pulak dikatakan GLOBAL ROYALTY TRADING SAR yang punya!!!!
    BIJAK, BIJAK.......lepas ni, tentu ada peguam menuntut bag tangan,
    jam dan cermin mata kepunyaan sebuah muzium di Khazakstan....hehehe

    ReplyDelete
  3. Yes memang betul semua nya pembohongan semata2 nak lepas dari di dakwa kan? Jgn tipu kini rayaat Malaysia semua nya sudah pandai

    ReplyDelete
  4. BERITA BAIK SEMUA ORANG
    Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, anda serius memerlukan pinjaman segera, anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan segala macam pinjaman pada kadar faedah 2%. kami adalah 100% syarikat pinjaman legit, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di wajah mereka.
    Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
    Susanbowmanloancompany@gmail.com

    dan anda juga boleh menghubungi kami di Whatsapp dengan Nombor ini
    +12027538718

    ReplyDelete