Sunday 21 October 2018

Penyokong Zahid akan didakwa jika berdemo di bangunan Yayasan Akal Budi



KUALA LUMPUR, 19 Okt yang lalu – Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini menjadi tumpuan dengan lebih 1,000 orang penyokong dan juga ahli-ahli UMNO berkumpul sebagai tanda solidarity terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Seawal pukul 6.30 pagi, ahli-ahli UMNO yang berbaju merah dan siap membawa pelbagai sepanduk mula berkumpul di luar kompleks mahkamah berkenaan. Antara sepanduk yang dibawa bertulis ‘ Solidariti Bersama DSZH’, ‘Selamatkan Sekolah Tahfiz’, ‘Kami Bersama Tegakkan Rule of Law, Bukan Rule of Jungle’, ‘Hentikan Penyelewengan Kuasa’, ‘Tahfiz Bukan Jenayah’ dan ‘Tolak Kezaliman’

Sementara itu isteri Zahid Hamidi, Hamidah Khamis mengumumkan akan mengadakan sesi jelajah ke seluruh negara untuk menangkis tuduhan dihadapi presiden Umno itu.

Beliau menyatakan akan menyertai sesi jelajah itu bersama ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti.

Penulis menasihati penyokong Zahid supaya tidak berdemo di kawasan bangunan Yayasan Akal Budi kerana menurut tinjauan beberapa pemberita bangunan Yayasan ini beralamat No. 69E-4, Jalan Raja Abdullah di Kampung Baru adalah tanah persendirian lot kosong, dipagar dengan papan tanda hak persendirian penceroboh akan di dakwa.

Betul ke tanah ini lokasi bangunan Yayasan Akal Budi?

Sila rujuk 


Sebelum ini Umno telah mengadakan kursus belajar demo kepada penyokongnya di Janda Baik pada September lalu
pastinya mereka tahu bahawa tanah hak persendirian bukanlah tempat yang sesuai untuk berdemo.

No comments:

Post a Comment