Sunday 8 September 2019

Farhash diburu manakala pengadu pula tarik laporan


SHAH ALAM - Individu utama dalam kes merusuh di Arena All Stars, Ampang pada malam Sabtu lalu yang dikenali sebagai Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, 37, yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih gagal dikesan.

Sehubungan itu, pihak polis mengarahkan Farhash untuk tampil segera ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan kes menyerang seorang jurulatih tilnju di kompleks sukan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, sehingga kini lima tangkapan berusia antara 22 hingga 38 tahun telah dibuat termasuk pengadu.

Menurutnya, kesemuanya bekerja dalam bidang kejurulatihan Muay Thai dan mereka ditahan reman bagi membantu siasatan.

"Seramai empat suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini dan seorang suspek akan diserahkan kepada IPD Cheras kerana dikehendaki dalam berkaitan kes dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Fadzil turut mengesahkan pengadu kes tersebut telah membuat laporan polis untuk menarik semula laporan yang dibuatnya.

"Kes akan dirujuk kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut," katanya.


Pada pandangan penulis

Bolehkah pengadu menarik balik laporan yang dibuat ke atas pelaku? 



Dilihat kes ini melibatkan serangan bersenjata di mana mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat ditikam dengan pisau.

Seperti mana yang dinyatakan di atas semua orang berhak buat laporan, jadi secara teknikalnya pengadu boleh buat laporan untuk menarik laporan polis yang terdahulu. NAMUN itu tidak secara otomotik membuatkan pertuduhan ke atas tertuduh di Mahkamah DIGUGURKAN.


Terpulang kepada Pejabat Peguam Negara yang diketuai Tommy Thomas sama ada mahu atau tidak untuk meneruskan kes terhadap pelaku (tertuduh) sehingga kes selesai walaupun Pengadu sudah menarik laporan yang terdahulu.

Diharapkan Pejabat Peguam Negara dapat membuat keputusan yang terbaik kerana kes ini membabit setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim. 

3 comments:

  1. Tak boleh bayangkan kalau Pak Sheikh jadi PM, Farhash Salvador ni dilantik jadi Menteri komunikasi dan multi media. Adakah Malaysia akan jadi pusat penerbitan filem/video surealists ala SEMBURIT....dan Malaysia jadi negara koboi dengan Sharriefnya with gun slangger....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kita tengok samaada Tommy Thomas teruskan pendakwaan atau tidak

      Delete
    2. Mana dia sembunyi....?
      Kalau dah balik Filipina, baguslah. Selamat kita dpd bermenterikan dia.

      Delete