Saturday 26 October 2019

Kongres Maruah Melayu : Kenapa Khalid Samad pula yang sakit punggung?


KUALA LUMPUR: : Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berpendapat, Kongres Maruah Melayu boleh saja diadakan, namun isi kandungan perhimpunan itu yang mencetuskan masalah.

Kenyataan Khalid itu sekali gus menyanggah pendapat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertahankan perhimpunan tersebut.

Menerusi hantaran di laman Twitternya, Khalid berkata, perbincangan dalam sesuatu perhimpunan yang boleh membawa kepada persengketaan kaum merupakan satu masalah.

"Perhimpunan itu bukan masalah tetapi isi kandungannya. Semua kaum malah suku berhimpun untuk membincang masalah mereka dan bagaimana mahu menambahbaik kedudukan mereka dan negara.

“Tetapi apabila ia mencetuskan kebencian kaum dan persengketaan, ia jadi perkauman,” katanya.



Pada pandangan penulis,

Apa yang rasisnya Kongres Maruah Melayu? 

Isikandungnya mempertahankan perlembagaan Malaysia tanpa menjejaskan kedudukan dan hak etnik dan agama lain

Biar orang Melayu nak hadir perhimpunan sesama mereka dan berbincang tentang hak-hak mereka yang semakin terhakis.

Cuba perhatikan berapa kali menteri dan timbalan menteri ultra kiasu berucap dalam perhimpunan NGO Cina Dong Jiao Zong, menggunakan bahasa Cina, kain rentang dalam bahasa Cina. Pendek kata, semuanya Cina. Ini tidak rasis ke komunis?”

Perilaku Khalid Samad ini seolah olah telah mengkhianati mandat yang diberikan oleh orang Melayu terhadap beliau pada PRU 14 yang lepas di Parlimen Shah Alam dimana jumlah pengundi berdaftar adalah seramai 91,171 dengan pecahan Melayu 77%, Cina 9% dan India 13%.

Kenapa pula bila Melayu nak bincang nasib sendiri dikatakan rasis oleh Khalid Samad?

Ianya satu penghinaan yang dilakukan oleh seorang pemimpin Melayu terhadap kaumnya sendiri.

Dan jika difikirkan apa faedahnya bagi orang Melayu untuk kekalkan Khalid Samad di Parlimen Shah Alam yang majoritinya orang Melayu?

No comments:

Post a Comment