Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa hari ini mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Menurutnya, akuan itu juga dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"Saya mengesahkan wujudnya sokongan secara hitam putih oleh presiden Umno kepada Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan PN yang dianggotai BN.
Surat akuan tersebut bukan sahaja menyatakan sokongan kepada malah menarik balik sokongan MP Umno terhadap Perikatan Nasional.
Dilihat surat akuan yang bertarikh 11 Oktober 2020 dihantar kepada YDPA Agong selepas Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhbar pada 23 September 2020 mengumumkan beliau cukup majoriti untuk membentuk kerajaan tanpa sokongan Kem Tun Mahathir.
Namun rancangan Zahid dan Najib itu terbantut ekoran Majlis Tertinggi Umno tidak mahu bergabung dengan DAP dan Anwar.
Semalam , Annuar Musa telah dipecat oleh Umno sebagai Setiausaha Agung BN dan wakil Sekateriat MN berkuatkuasa dari semalam atas alasan tidak senada dengan suara Umno.
UMNO pada 17 Oktober 2020 lalu menafikan ada mengeluarkan surat untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi Perdana Menteri, sekali gus menegaskan kandungan ditularkan itu adalah palsu.