Wednesday 21 November 2018

Tranformasi Najib : Felda dari rezab RM4 billion ke hutang RM8 billion


KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melahirkan kebimbangan bahawa kerajaan tidak berupaya menjual aset Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada harga yang menguntungkan.

Beliau berkata aset-aset itu sebelum ini dibeli dengan harga yang tinggi berbanding harga pasaran.

“Jadi ini adalah isunya walaupun jika memilih untuk menjana wang daripada aset, kita tidak bolehMohamed Azmin Ali mendapat nilai sepenuhnya aset tersebut. Jadi inilah kebimbangan kita sekarang,” katanya di Lobi Parlimen, hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Felda akan menjual asetnya yang tidak strategik sebagai pelan pemulihan untuk mengurangkan beban hutang yang kini berjumlah RM8 bilion.


Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan mengambil langkah wajar bagi menjamin masa depan peneroka Felda setelah pembentangan Kertas Putih pengurusan Felda di Parlimen.

Beliau berkata Kertas Putih itu yang berada dalam fasa terakhir sebelum pembentangannya antara lain menyatakan penyata kewangan terkini Felda.

“Ia sangat serius. Saya sudah lihat draf interim namun kementerian masih mencari maklumat selanjutnya,” katanya.



Sewaktu Tan Sri Raja Alias, selaku Pengerusi Felda bersara pada tahun 2001, beliau meninggalkan jasa yang banyak. Antara yang diingati, simpanan tunai Felda mencecah RM4.08 bilion. Hutang Felda dengan Kerajaan Pusat berjumlah RM 1 bilion pun telah dilunaskan. Sebelum itu, hutang dengan Bank Dunia sebanyak RM4 bilion telah dilangsaikan sejak tahun 1996 lagi.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tanggungjawab penuh ke atas Felda sekitar tahun 2004. Dalam tempoh 5 tahun, simpanan Felda tinggal RM 1.35 bilion. Amat mengejutkan, Felda kemudiannya meminjam RM6 bilion dari KWSP. Ertinya, dari mempunyai rezab RM4 bilion, kembali berhutang!

Isa Samad semasa menjadi pengerusi Felda dalam kenyataan ada menyebut ' kesediaan KWSP memberi pinjaman adalah suatu penghormatan keatas Felda'.

2 comments:

  1. Manusia paling bodoh di Malaysia ini adalah mereka yang masih lagi menyokong UMNO! Adapun yang sedikit cerdik dikalangan semuanya yang bodoh itu, kecerdikannya hanya tahu bagaimana untuk mencuri wang rakyat, manakala semua yang lain hanya memberi sokongan memBABI buta.

    ReplyDelete
  2. Melayu UMNO tibai Melayu. Semuanya demi bangsa dan agama

    ReplyDelete